Tuesday, May 31, 2005

Impian Mahligai

Aku hendak membina sebuah mahligai yang indah, jauh dari kekacauan bandar. Aku hendak membina mahligai ini dan memulakan hidup baru bersama buah hatiku. Tetapi, aku takut. Aku gentar apabila memikirkan soalan yang tiada jawapan. Aku takut untuk fikir tentang masa depan dengannya kerana setiap kali aku memberi fikiranku melayar ke suatu tempat yang jauh, ia tidak akan terjadi. Setiap fikiranku pasti berkecai. Setiap mimpiku pasti tidak tercapai.

Mengapakah aku rasa begitu?

Mengapakah aku begitu negatif?

Aku mesti membina mahligai itu. Aku mesti merealisasikan impianku.

Tetapi...hanya aku sahaja yang mimpi. Aku sahaja yang tepuk sebelah tangan.

Adakah buah hatiku berkongsi impian yang sama?

Aku hanya boleh harap......

|